Salam... Kita ketemu lagi dalam siri Java.
Apa Itu Java Development Kit (JDK)?
JDK ialah alat atau tool yang telah disediakan sebagai translator bagi kita membina dan menyediakan aplikasi dalam bentuk binary. Tanpa JDK, kod Java yang kita tulis tidak bermakna apa-apa dan tidak boleh digunakan sebagai aplikasi. JDK akan membaca kod sumber yang kita tuliskan tadi, kemudian akan memastikan tiada kesilapan kepada sintaks (urutan bahasa kod) arahan, sebelum menjadikannya kod arahan binary yang hanya boleh difahami oleh mesin pemproses sahaja. Sebagai contoh jika kita tulis 'if ( ix>10 && aString.equals("Hello") )' , arahan ini akan berubah kepada binary mungkin menjadi 'Êþº¾ E§ °+ ) À ¾š * ¶ ¶ ™ §'. Ini hanya contoh sahaja.
Kita panggil kod binary ini 'kod cacing' sebab arahan kod kita tak faham dan bentuknya pun ada macam2. Kod ini sebenarnya ialah kod yang boleh dibaca oleh mesin supaya arahan boleh dilakukan menggunakan 'PUSH', 'POP' , 'MOV' dalam bahasa Assembly Language. Yang nie jangan tanya lagilah. Nanti pening kepala nak kena terangkan. Takut akhirnya nanti saudara rasa lebih baik jangan tanya. Jika kod arahan ditulis salah, JDK akan maklumkan pada kita maklumat ralat seperti, 'Undefined symbol....', 'cannot resolve symbol...', '";" expected...' dan lain-lain lagi. Jadi kita boleh cari mana silapnya kod arahan kita dan betulkannya kembali.
Setelah didapai tiada kesilapan kod arahan yang ditulis, barulah JDK akan dapat menjadikan kod sumber kita kepada kod binary yang boleh digunakan sebagai aplikasi sama seperti fail *.exe. Cumanya, output fail Java tidak akan menjadi *.exe secara automatik. Java akan menjadikan file output kepada beberapa himpunan fail *.class. Berbeza dengan C atau C++, kod arahan yang dikompilkan akan menjadi beberapa himpunan fail *.obj dahulu, kemudian akhirnya himpunan fail *.obj ini akan dibaca dan dijadikan pula satu fail *.exe.
Di mana nak dapatkan JDK ini? Anda boleh dan perlu download dari website Sun di http://java.sun.com/javase/downloads/index.jsp atau di http://www.apl.jhu.edu/~hall/java/Java-Downloads.html. Pastikan anda download JDK dan bukan JRE dan juga platform: Windows. Kalau boleh, download JDK versi1.3.1. Kalau susah atau tak dapat atau sengaja tak nak cari susah, maklumkan kepada email saya di shamsdin2999@yahoo.com, nanti akan akan emailkan kepada saudara.
Apa Itu Java Editor dan Compiler?
Editor dan kompiler itu apa pula? Baiklah, setelah kita ada JDK, kita perlukan satu tool atau alat untuk menulis kod arahan Java kita yang mudah dibaca dan difahami. Kita boleh gunakan mana-mana editor teks yang kita nak tetapi nama fail mesti disimpan dalam bentuk *.java dan teks juga mestilah mudah baca. Biasanya, orang akan menggunakan paling mudah ialah notepad. Tak payah pening kepala nak download dari web, dalam windows ada notepad.exe.
Tak ada masalah nak guna yang mana sekalipun Tetapi memadaikah kalau berjamuan beramai dengan tetamu kehormat dengan menggunakan pinggan plastik berharga 65 sen, jika rumah banglo kita bertaraf mewah gaban? Tentu tidak bukan? Sudah pasti kita mahu yang lebih baik.
Jadi kita perlulah gunakan editor yang khusus. Ada banyak editor seperti Kawa, Eclipse, Symantec Visual Cafe, JCreator dan lain-lain. Kalau nak yang paling mudah digunakan, downloadlah JCreator Pro Versi 3.0 atau 3.5 dari dari http://www.jcreator.org/download.htm. Pilihlah JCreator classic LE versi 3.5 yang mudah. Anda boleh guna Eclipse kemudian jika mahu, tetapi Eclipse ada banyak songel dan manja yang anda perlu fahami dan tangani.
JCreator adalah pilihan terbaik bagi saudara. Jangan peningkan kepala dengan pelbagai benda yang tidak perlu. JCreator dibekalkan dengan compiler yang akan menjana kod arahan saudara dari kod mudah baca ke kod binary. Jika anda memilih notepad, anda perlu kompil kod mudah baca anda menggunakan javac.exe dalam mod DOS. Ini susah sikit kerana ada banyak setting yang perlu saudara tahu. Jadi, janganlah peningkan kepala.
Apa Pula Selepas ini?
Sekarang anda dah download JDK dan Jcreator. Anda perlu install pada komputer anda untuk menggunakannya. Ok, ikut segala arahan dari dokumen yang anda terima dan install dahulu JDK. Anda tentu tertanya kenapa JDK 1.3.1 dan bukan 1.4.5 atau 1.6? Yang versi terkini ada, kenapa nak yang lama? Anak dara ada kenapa janda? Okay, begini sebenarnya. Anda perlu pastikan kod arahan yang anda tulis dan kompil perlu dan mampu jalan dalam versi mana-mana sekalipun sama ada 1.3.1, 1.4.5, 1.5 atau 1.6. Ini penting kerana kita nak pastikan kod kita ini tidak bergantung sepenuhnya dalam sesuatu versi sahaja. Kalau ini berlaku, jika SUN keluarkan versi baru, kita perlu ubah kod dan kompil semula dalam versi baru. Sudah tontu ekau taknak buek macam tu kan jang?
Pastikan semasa install, saudara masukkan dalam folder c:\JDK\javajdk. Ini untuk memudahkan setting dalam Windows 'environment variables' dan JCreator nanti. Selepas install JDK setkan 'environment variables'. Macam mana yer agaknya nak setkan? Kita tunggu dulu dalam artikel yang akan datang....
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment