Java, JSP, XML dan Aplikasi

Salam saudara sekelian dan selamat datang ke blog ini. Izinkan saya memberikan pendedahan kepada anda hasil dari pengalaman pengaturcaraan dan membina aplikasi web. Di sini ditunjukkan cara meringkaskan sintaks arahan yang rumit kepada mudah faham. Pembinaan setiap aplikasi perlulah mempunyai satu 'core engine' supaya mempercepatkan pembinaan aplikasi kita. Di sinilah 'core engine' itu akan didedahkan kepada saudara sekelian. Bagi yang berminat, dipersilakan menimba tekniknya.

Search This Blog

Monday, March 29, 2010

Pengenalan Pengaturcaraan Java & JSP

Salam Saudara Sekelian. Pernahkah anda merasakan betapa seronoknya jika dapat membina sesuatu aplikasi menggunakan bahasa Java yang akan digunakan oleh orang ramai? Atau mungkin anda mempunyai impian untuk membuat aplikasi yang besar bagi kegunaan sesuatu organisasi atau syarikat korporat seperti aplikasi Sistem Sumber Manusia, Sistem Kewangan, Sistem Pengangkutan dan lain-lain? Syoknya kalau dapat membuat sistem tersebut. Anda tentu akan dapat merasa satu kepuasan yang tidak terkata dan tidak dapat digambarkan dengan sebarang ayat.

Jika anda adalah seorang penuntut sebuah kolej atau universiti yang ingin mendalami dan memahami bahasa Java untuk tujuan projek, sudah tentu anda merasakan perlunya satu titik permulaan untuk mempelajari Java supaya anda tidak akan terkantoi dalam projek anda atau mungkin tidak perlu lagi terlalu bergantung pada konsep “copy-paste” dari rakan anda. Konsep inilah yang banyak merugikan setiap penuntut tanpa disedari serta akan membazirkan peluang masa hadapan anda dalam mencapai kepuasan kerjaya.

Atau mungkin jika anda seorang eksekutif teknologi maklumat yang bekerja di sektor swasta, kekurangan dalam kemahiran pengaturcaraan adalah satu kerugian besar jika anda mempunyai ijazah teknologi maklumat/sains komputer. Kecuali jika anda merasakan “tak apa, aku tak kisah pun”, sebenarnya anda belum sedar lagi dari lamunan jiwa kanak-kanak. Jika anda berada di dalam jabatan kerajaan dengan kesedaran “kerja macam manapun, gaji banyak tu juga”, kita semua akan faham jika anda memilih untuk tidak memikirkan masa depan anda.

Mungkin anda bukan dari golongan yang disebutkan sebelum ini. Anda hanya merupakan seorang biasa yang duduk di kopitiam atau di kedai dengan notebook dan surfing melalui wifi percuma. Anda mungkin saja-saja ingin menambah ilmu dan mengetahui cara-cara sesuatu aplikasi itu bekerja. Atau mungkin anda ingin juga mempelajari dan mencuba membina aplikasi untuk sesuatu tujuan atau idae yang anda simpan/

Ketahuilah saudaraku sekelian, jangan kita rugikan masa depan kita dengan perkara yang tidak bermanafaat. Apa yang kita lakukan hari ini adalah usaha mengorak langkah bagi 5 tahun akan datang. Menambah ilmu itu tidak akan menjadikan kita berkurangan dalam perkara lain. Tak kiralah apa ilmu sekalipun, kecuali ilmu hitam dan yang menyesatkan.

Mahukah anda jika saya tunjukkan cara bagaimana membina sistem aplikasi dan aplikasi web menggunakan Java, JSP, XML dan AJAX? Jika ya, ikutilah artikel saya yang akan datang nanti. Semoga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment