Java, JSP, XML dan Aplikasi

Salam saudara sekelian dan selamat datang ke blog ini. Izinkan saya memberikan pendedahan kepada anda hasil dari pengalaman pengaturcaraan dan membina aplikasi web. Di sini ditunjukkan cara meringkaskan sintaks arahan yang rumit kepada mudah faham. Pembinaan setiap aplikasi perlulah mempunyai satu 'core engine' supaya mempercepatkan pembinaan aplikasi kita. Di sinilah 'core engine' itu akan didedahkan kepada saudara sekelian. Bagi yang berminat, dipersilakan menimba tekniknya.

Search This Blog

Tuesday, March 30, 2010

Siapa yang boleh belajar Java & JSP

Jika anda bertanya "siapa yang boleh atau layak mempelajari Java & JSP (Java Server Pages) dan apakah kelayakan yang diperlukan?", saya akan kata sesiapa sahaja yang berminat sama ada mempunyai kelayakan dalam bidang IT atau tidak, boleh mempelajarinya. Pengaturcaraan ini jangan dihadkan pada sesuatu kumpulan elit IT sahaja. Kalau orang IT, dia layak bina aplikasi. Orang lain tak boleh dan tak mampu. Malah orang dari kalangan bukan IT akan merasakan teramat kecil sekali diri mereka bila menyebut pengaturcaraan dan aplikasi. Sikap itu salah sebenarnya. Saudara jangan fikir sedemikian.
Saudara juga boleh mempelajari pengaturcaraan jika mahu dan berminat. Atau jika saudara mempunyai idea untuk membina satu aplikasi yang boleh dimafaatkan oleh orang lain atau dikomersilkan, apa salahnya mempelajari pengaturcaraan? Jika diizin Allah, saya beri peluang kepada saudara mempelajari pengaturcaraan dan langkah2 yang perlu dalam membina aplikasi. Tapi saya hanya mampu menunjukkan kepada saudara Java, JSP, AJAX dan XML sahaja.
Kenapa Java, JSP, AJAX dan XML? Kenapa tidak PHP, C, C++, ASP,.Net? Senang saja, sebab saya tak tau PHP, ASP dan .Net. C dan C++ bolehlah, tapi tidak bersesuaian dan makan masa lama. Saudara tidak akan sanggup dan tidak selesa mempelajari pointers dalam C dan C++. Kalau Java & JSP okaylah. Malah nak cepat bina aplikasi, cubalah Java dan JSP. Jika saudara pernah dengar yang Java ini berat dan susah nak pelajarinya, itu kata orang. Kalau orang kata JSP tu rumit, takpe lah. Biarlah depa kata demikian.
Sebenarnya kita boleh belajar cakap bahasa Cina atau Tamil kalau kita mahu. Jangan belajar yang susah-susah. Belajar yang mudah dulu dan biasakan diri dengan bahasa tersebut. Kemudian baru tambah perkataan lain sikit-sikit. "wor ai nie", "ayoyo amma....appa". "yilek". "achtung", "sikmek nganok kitak bah". Bila dah tau dan berminat perlahan-lahan lah cari usaha nak tambah lagi. Begitu juga dengan pengaturcaraan. Mesti ada satu dulu, lepas tu baru lah tambah dua, tiga, kemudian empat, mana boleh sekaligus empat. Susah hidup kita nanti.
Kalau saudara tak tahu nak mulakan dari mana, nanti saya akan tunjukkan. Tetapi pastikan anda mempunyai minat dan kesungguhan. Saya tak mahu tunjukkan pada saudara yang susah-susah. Saya tunjukkan yang senang-senang ajer. Ada banyak cara nak buat aplikasi dengan cepat dan mudah. Tapi kena tahu bagaimana. Saya akan tunjukkan Java dahulu, kemudian JSP, diikuti dengan XML dan AJAX. Ambil yang mudah sahaja dan jangan pening-pening kepala. Ingat ya, kita nak yang mudah sahaja. Apa guna yang rumit dan kompleks jika memeningkan kita? Hari ini pada yang nombor satu, kita reka cerita 'Bos suruh pergi outstation 3 hari', esok kat no 2, 'Ada sistem problem kat ofis, kena selesaikan urgent dalam masa 3 hari nih', dan macam-macam lagi alasan. Last-last kantoi, baru terduduk. Mutaah tak boleh. Lebih baik satu sahaja, tapi bukan setakat cun gila, baik, budi bahasa, sopan dan berbagai lagi sifat baik. Jadi, kita tumpukan pada Java yang mudah.
Untuk mempelajari Java, kita perlukan 3 perkara;
  • Komputer (kalau tak ada, memang mengada-ngada lah)
  • Java Development Kit (JDK)
  • Java Editor dan Compiler
Apa Itu Java Development Kit (JDK)?
JDK ialah alat atau tool yang telah disediakan sebagai translator bagi kita membina dan menyediakan aplikasi dalam bentuk binary. Tanpa JDK, kod Java yang kita tulis tidak bermakna apa-apa dan tidak boleh digunakan sebagai aplikasi. Ia boleh kita ibaratkan sebagai kita tahu bercakap bahasa Cina, tetapi tidak boleh dituturkan kerana kita tidak dianugerahkan dengan suara. Kotak suara kitalah menjadi penutur pada ayat atau perkataan yang kita fikirkan. JDk ini adalah penting.
Nanti kita sambung lagi....

Monday, March 29, 2010

Pengenalan Pengaturcaraan Java & JSP

Salam Saudara Sekelian. Pernahkah anda merasakan betapa seronoknya jika dapat membina sesuatu aplikasi menggunakan bahasa Java yang akan digunakan oleh orang ramai? Atau mungkin anda mempunyai impian untuk membuat aplikasi yang besar bagi kegunaan sesuatu organisasi atau syarikat korporat seperti aplikasi Sistem Sumber Manusia, Sistem Kewangan, Sistem Pengangkutan dan lain-lain? Syoknya kalau dapat membuat sistem tersebut. Anda tentu akan dapat merasa satu kepuasan yang tidak terkata dan tidak dapat digambarkan dengan sebarang ayat.

Jika anda adalah seorang penuntut sebuah kolej atau universiti yang ingin mendalami dan memahami bahasa Java untuk tujuan projek, sudah tentu anda merasakan perlunya satu titik permulaan untuk mempelajari Java supaya anda tidak akan terkantoi dalam projek anda atau mungkin tidak perlu lagi terlalu bergantung pada konsep “copy-paste” dari rakan anda. Konsep inilah yang banyak merugikan setiap penuntut tanpa disedari serta akan membazirkan peluang masa hadapan anda dalam mencapai kepuasan kerjaya.

Atau mungkin jika anda seorang eksekutif teknologi maklumat yang bekerja di sektor swasta, kekurangan dalam kemahiran pengaturcaraan adalah satu kerugian besar jika anda mempunyai ijazah teknologi maklumat/sains komputer. Kecuali jika anda merasakan “tak apa, aku tak kisah pun”, sebenarnya anda belum sedar lagi dari lamunan jiwa kanak-kanak. Jika anda berada di dalam jabatan kerajaan dengan kesedaran “kerja macam manapun, gaji banyak tu juga”, kita semua akan faham jika anda memilih untuk tidak memikirkan masa depan anda.

Mungkin anda bukan dari golongan yang disebutkan sebelum ini. Anda hanya merupakan seorang biasa yang duduk di kopitiam atau di kedai dengan notebook dan surfing melalui wifi percuma. Anda mungkin saja-saja ingin menambah ilmu dan mengetahui cara-cara sesuatu aplikasi itu bekerja. Atau mungkin anda ingin juga mempelajari dan mencuba membina aplikasi untuk sesuatu tujuan atau idae yang anda simpan/

Ketahuilah saudaraku sekelian, jangan kita rugikan masa depan kita dengan perkara yang tidak bermanafaat. Apa yang kita lakukan hari ini adalah usaha mengorak langkah bagi 5 tahun akan datang. Menambah ilmu itu tidak akan menjadikan kita berkurangan dalam perkara lain. Tak kiralah apa ilmu sekalipun, kecuali ilmu hitam dan yang menyesatkan.

Mahukah anda jika saya tunjukkan cara bagaimana membina sistem aplikasi dan aplikasi web menggunakan Java, JSP, XML dan AJAX? Jika ya, ikutilah artikel saya yang akan datang nanti. Semoga bertemu lagi.